LAMAN UTAMA
LATARBELAKANG
PERUTUSAN
CARTA
KEAHLIAN
PAUTAN
TABUNGLATIHAN
MAKLUMBALAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Biro Seranta PUSPANITA Negeri Perlis yang telah berusaha untuk membangunkan Laman Web Puspanita yang telah lama dinanti-nanti oleh ahli-ahli . Dengan adanya laman web ini diharap akan dapat memberi makluman kepada ahli-ahli mengenai setiap aktiviti yang dijalankan oleh PUSPANITA negeri dari masa ke semasa.

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masakini ahli-ahli Puspanita juga harus peka dan seharusnya mahir dalam penggunaan komputer dan internet dalam tugasan harian mereka serta dapat berinteraksi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan secara maya walau dimana juga kita berada.

Sempena Tahun Baru 2009 saya ingin menyeru kepada semua ahli di Perlis supaya sentiasa mengambil peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran PUSPANITA agar puan-puan dapat menambah ilmu serta berkenalan dengan rakan-rakan dalam persatuan ini.

Akhir kata saya berharap supaya Laman Web ini sentiasa dilayari oleh ahli-ahli bagi mengetahui perkembangan terkini Puspanita Negeri dan juga Kebangsaan.

Sekian Terima Kasih
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PUAN ASMAHAN ISMAIL
Pengerusi PUSPANITA Negeri Perlis
9 Januari, 2009
March 2010
SunMonTueWedThuFriSat
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 


Copyright© reserved 2007
Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
E-mail: puspanita_perlis@yahoo.com