|
|
 |
Ke Arah Puspanita Cemerlang.
|
 |
Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.
|
|
 |
1. Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan.
2. Menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah , bengkel , seminar dan kursus.
3. Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti -aktiviti yang berfaedah kepada ahli, keluarga mereka serta masyarakat umum.
4. Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar demi memupuk
semangat persefahaman dan menambah pengetahuan khususnya yang berkaitan dengan pembangunan negara dan kaum wanita di negara ini.
|
 |
Bulan, bintang empat belas penjuru
Lambang keutuhan bersatu padu
Isteri, pegawai, kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri sama memberi kebajikan
Di samping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keutuhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik diasah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
Korus:
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Lirik : Y. Bhg. Datin Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar
Muzik : En. Ahmad Shah |
|
|
March 2010
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |
|
|
|
|
|